Softball

TEKNIK PENGKALAN CHEPA TIDAK BERPUTIH MATA

Pertemuan antara SMTPC dan SMTBCK nyata dikuasai oleh SMTBCK apabila mendahului dengan 11-0. Teknik Bachok tidak memberikan sedikit pun mata kepada Teknik Pengkalan Chepa. Namun sebelum permainan tamat, Teknik Pengkalan Chepa telah pun memberikan mata agar tidak pulang dengan tangan kosong. Akhirnya, Teknik Bachok telah menang bergaya dengan mata yang dikumpul sebanyak 21-2. Manakala dipadang 2 berlangsung permainan sofbol antara Teknik Tanah Merah dengan Teknik Kemaman. Pada mulanya, permainan berjalan agak perlahan dan awal-awal lagi pemain dari Teknik Kemaman telah terkeluar. Namun begitu, pukulan yang amat memuaskan yang dibuat oleh Nur Adila telah menyemarakkan semangat Teknik Tanah Merah untuk terus berjuang mengumpul mata. Pengurus pasukan berkata " kami terpaksa menahan nafsu selama 2 tahun untuk bermain. Oleh itu, kami akan menebus semula dengan menempah nama sebagai johan untuk KAT pada kali ini ".
 Alhamdulillah, hasrat mereka tercapai apabila Teknik Tanah Merah telah pun berjaya mengalahkan Teknik Kemaman dengan mata sebanyak 13-3.





TEKNIK TERENGGANU BERSORAK GEMBIRA

Pertemuan antara SMT Terengganu dengan SMT Dungun kelihatan begitu menarik dengan kehadiran 'pitcher' daripada Teknik Terengganu iaitu Roszlin yang merupakan pemain yang pernah mewakili negeri dalam permainan tersebut. Namun begitu, kehangatan mula terasa apabila pasukan Teknik Dungun dapat pulang ke 'home' dan memungut mata pertama. Malang buat pasukan Teknik Dungun apabila pukulan yang dibuat dapat disambut dengan mudah oleh Roszlin.


Keputusan perlawanan pada kali ini tidak menyebelahi pasukan Teknik Dungun apabila pasukan tersebut kalah dengan mata 8-1 melawan Teknik Terengganu.



PEMBERI SEMANGAT SMV KUALA TERENGGANU


Tepat pada pukul 4.30 petang, perlawanan antara SMVKT dan SMTPM telah berlangsung. Perlawanan ini telah membakar semangat kepada SMVKT untuk memenangi pusingan seterusnya kerana telah memenangi perlawanan pertama ini. Manakala pasukan SMTPM akur dengan kekalahan pertama ini dan memasang semangat yang baru untuk berusaha memenangi perlawanan seterusnya. Walaupun berlaku sedikit kekecohan semasa perlawanan namun, perlawanan ini dapat dihabiskan juga dengan berjaya. SMVKT mengalahkan SMTPM dengan mengutip mata 9-8.Syabas kepada pasukan SMVKT !




GELANGGANG MERIAH


Pertemuan antara SMT Terengganu dengan SMV Kuala Krai menyebelahi pasukan SMTT apabila 'pitcher' dari SMVKK kerap kali memberikan bola 'kandung' kepada pemain SMTT. Pada 'beating' kedua pasukan SMTT terus mengutip mata dan mendahului dengan mata 9-4. Akhirnya, pasukan SMTT bersorak riang apabila disahkan menang dengan mata 19-5. Tahniah !






SAMA HEBAT, SAMA HANDAL 


Perlawanan antara SMT Bachok dan SMV Besut amat menyeronokkan. Malang buat pasukan SMT Bachok apabila ramai pemain mereka yang terkeluar namun mereka tidak berputus asa. Pada saat SMT Bachok melakukan 'feeding', SMT Bachok mendahului 8-2. Akhirnya, SMV Bachok dengan mata 8-5. Syabas !






SOKONGAN PADU MEMBANTU KEMENANGAN

Perlawanan antara SMV Kemaman dengan SMT Dungun penuh bersemangat dengan sokongan padu yang diberikan oleh kedua-dua buah pasukan. Keghairahan semakin dirasai apabila berjersi 12 daripada SMTD berjaya 'swing' dan pulang ke 'home' semula. SMVK juga berjaya menyelamatkan 4 orang pemain untuk pulang ke 'home'. Akhirnya, SMVK bernafas lega apabila kemenangan berpihak kepada mereka.



SMV PENGKALAN CHEPA AKUR DENGAN KEKALAHAN

SMVPC akur dengan kekalahan bagi kali kedua dan kekalahan ini tidak sedikit pun melunturkan semangat mereka untuk terus berjuang pada perlawanan seterusnya. Manakala SMVKT bersorak riang apabila pasukan mereka berjaya mengalahkan SMVPC dengan mudah iaitu 10-5. Syabas kepada mereka.



SMT TERENGGANU MENANG MUDAH

Pertemuan antara SMT Terengganu dengan SMV Kemaman cukup menggembirakan pasukan SMTT kerana kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah. Mereka terikat dengan kedudukan seri pada awal permainan. Namun, SMTT mula menunjukkan 'taring' dan memberikan yang terbaik untuk memastikan kemenangan. Alhamdulillah, mereka menang bergaya dengan mata 10-1.













Kali ini SMV Kemaman meneruskan lagi perjuangan mereka untuk menempah nama sebagai Johan dalam KAT tahun ini setelah memperoleh kemenangan dengan SMT Dungun. Para pemain masih lagi kelihatan bersemangat memberikan sokongan yang penuh kepada rakan sepasukan. Namun begitu, masa kerap kali dihentikan akibat pertukaran pemain dan gangguan teknikal. Pasukan SMV Kemaman sekali lagi lega dengan kemenangan yang diperolehi apabila menang tipis dengan mata yang diperoleh sebanyak 8-7. TAHNIAH!! SMT Terengganu pula terus-terusan menggalas nama sebagai pemenang dan hari ini juga SMT Terengganu telah memenangi perlawanan dengan SMV Tanah Merah. Dengan mata yang berjaya dikumpul sebanyak 13-7. “Kami berpuas hati dengan kemenangan yang kami dapat sampai setakat ini. Kami bersyukur. Alhamdulillah.” TAHNIAH!



Pertandingan kali ini melayakkan SMV Kuala Terengganu menjadi naib johan kumpulan.

Pada minit ke-22,pasukan SMVKT telah berada pada kedudukan yang selesa setelah mendapatkan 10 mata pertama ke atas SMV Besut. Tiba giliran SMVB membuat pukulan,mereka berjaya menyamakan kedudukan selepas ‘pitcher’ dari SMVKT gagal menumpukan perhatian untuk membaling bola. Akhirnya SMKV tumpas di tangan SMVKT dengan keputusan 20-12. Perlawanan seterusnya dilangsungkan dengan perlawanan antara SMT Bachok menentang SMT Pasir Mas. Kebanyakan pemain SMTPM bermain dalam keadaan tertekan dan ini memudahkan pemain SMVB untuk mendapatkan 10 mata dengan pantas. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan SMTB ke atas SMTPM 14-2.