Netball

TUAN RUMAH TEWAS TIPIS

Perlawanan antara SMT Terengganu menentang SMV Tanah Merah berjaya menjaringkan jaringan pertama oleh pemain GS SMT Terengganu dengan gayanya pada minit ke-5 separuh masa pertama. Selang beberapa minit kemudian, pemain GS SMVTM pula membalas jaringan. Persaingan yang sengit dan sungguh bertenaga oleh kedua-dua pasukan menjadikan perlawanan semakin menarik. Akhirnya, kemenangan megah berpihak kepada SMVTM dengan mata 17-15.


SMT PASIR MAS MENANG SELESA

Perlawanan kedua pula bermula pada jam 4 petang antara pasukan SMVKT menentang SMTPM. Pada 5 minit pertama pasukan SMTPM mendahului mata pertama oleh pemain GS mereka. Kemenangan bergaya telah berpihak kepada SMTPM apabila mereka berjaya menumpaskan SMVKT dengan jaringan 15-6. Syabas diucapkan !


PERSAINGAN SMT BACHOK- SMV PENGKALAN CHEPA SENGIT

Perlawanan terakhir berlangsung antara SMTB menentang SMVPC. Jaringan pertama didahului oleh SMVPC. Pemain GS SMVPC berjaya membolosi jaringan seawal minit ke-5. Persaingan sangat sengit antara kedua-dua pasukan dan pemain SMTB mengalami tekanan apabila pasukan SMVPC semakin lincah mengatur strategi. Akhirnya kemenangan bergaya memihak kepada SMVPC dengan jaringan 10-9.




TUAN RUMAH MENANG MEGAH
Perlawanan berikutnya antara  SMTT menentang  SMV BESUT. Jaringan bergaya dijaringkan oleh pemain GA SMTT  seawal minit ke-2  lagi pada separuh masa pertama. Sorakan penyokong-penyokong daripada pasukan tuan rumah menyemarakkan lagi perlawanan tersebut. Para pemain daripada  pasukan tuan rumah menunjukkan belang masing-masing  pada separuh masa kedua. Rentak permainan yang diatur semakin lincah oleh kedua-dua pasukan. Akhirnya kemenangan megah berjaya dirangkul kemas oleh pasukan tuan rumah dengan jaringan 19-08. SMTT NELANG! Syabas TEKTRA!


DEBARAN BERMULA LAGI
Perlawanan pertama pagi ini dimulakan antara pasukan SMT BACHOK bertemu SMT PASIR MAS. Strategi diatur dengan kemas sekali oleh kedua-dua pasukan menyebabkan perlawanan begitu sengit. Kemenangan sekali lagi berpihak kepada SMT BACHOK  dengan jaringan hebat  20-12. Syabas diucapkan!

SAMA HEBAT,SAMA HANDAL
Perlawanan seterusnya antara SMV K.TRG menentang SMV KEMAMAN.  Jaringan pertama berjaya dijaringkan oleh pemain GA SMV K.TRG. Sorakan semangat  daripada pihak pengurus dan penyokong pasukan masing-masing menyemarakkan lagi rentak permainan apabila kedua-dua pasukan lincah mengatur strategi. Keputusan seri 09-09 berjaya dipungut oleh mereka. Syabas diucapkan!

MENANG,MENANG,MENANG
Pada jam 9:40 pagi,perlawanan ketiga diteruskan lagi antara SMV TANAH MERAH  bertemu SMV KUALA KRAI di mana pemain GS SMV TANAH MERAH berjaya membuat jaringan pertama seawal minit pertama. Selang beberapa minit,SMV KUALA KRAI  membalas jaringannya buat pasukan mereka. Rentak permainan SMV TANAH MERAH semakin sistematik apabila mereka berjaya mengumpul jaringan dan  jauh meninggalkan pihak lawan. Kemenangan berganda  berpihak kepada SMV TANAH MERAH 22-03. Tahniah!

SMV PENGKALAN CHEPA MENANG PULOK
 Perlawanan terakhir untuk sesi pagi diteruskan antara SMT PASIR MAS menentang SMV PENGKALAN CHEPA. Jaringan pertama berjaya dibolosi oleh pemain GA SMV PENGKALAN CHEPA dengan bergaya sekali. Kedua-dua pasukan sama hebat menunjukkan corak permainan yang sistematik. Kemenangan tipis akhirnya berpihak kepada SMV PENGKALAN CHEPA dengan jaringan 10-09. Syabas sekali lagi!


JUARA 2010 TUNJUK BELANG
Pada petang ini, perlawanan pertama berlangsung antara pasukan SMV Besut dengan SMT Dungun. Kedua-dua pasukan saling menunjukkan kehebatan.  Pasukan SMT Dungun berjaya mengutip mata pertama pada minit ke-5 separuh masa pertama.  Pada separuh masa ke-2, SMT Dungun mengatur strategi dengan cantik sekali dan berjaya menunjukkan belang mereka mengalahkan SMV Besut dengan mengumpul mata kemenangan 23-07.  Kehebatan pemain GS SMT Dungun banyak membantu jaringan untuk pasukan mereka.



BESUT BERSORAK RIANG


Perlawanan seterusnya berlangsung antara SMV Besut bertemu SMV Kuala Krai. Gaya permainan yang lincah dari pasukan SMV Besut akhirnya berjaya mengalahkan SMV Kuala Krai dengan jaringan 14-11. 




BACHOK MENANG PULOK...


Perlawanan pertama pagi ini dimulakan antara pasukan SMT Bachok bertemu SMT Pasir Mas. Strategi diatur dengan kemas sekali lagi oleh kedua-dua pasukan menyebabkan perlawanan begitu sengit. Kemenangan sekali lagi berpihak kepada SMT Bachok dengan jaringan hebat 20-12. Syabas !




MENANG LAGI ?


Kemenangan kali ketiga yang berpihak kepada SMT Bachok dimenangi dengan corak permainan lebih sistematik berjaya mengalahkan SMVKT. Daya usaha SMT Bachok membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjaringkan jaringan hebat buat pasukan mereka. Kemenangan dengan jaringan 18-08 membuktikan bahawa mereka satu pasukan yang kuat. Tahniah dan syabas. !




SMT DUNGUN LIGAT BERAKSI


Tepat jam 3.35 petang, perlawanan melibatkan SMT Dungun dan SMT Terengganu berlangsung. Perlawanan begitu sengit antara kedua-dua pasukan pada awal perlawanan. Pasukan tuan rumah berjaya menghasilkan jaringan yang banyak pada seluruh masa kedua. Namun, kemenangan akhirnya berpihak kepada SMT Dungun dengan mudah dan pantas apabila pasukannya membalas jaringan pada saat-saat akhir perlawanan dengan keputusan 24-21.


UKIRAN NAMA BUAT PERTAMA KALI

Perlawanan akhir pada petang ini adalah antara pasukan dari SMVPC menentang SMVK. Sorakan semangat yang diberikan menyemarakkan lagi kelincahan para pemain dalam mengatur strategi. Tahniah diucapkan kepada SMVK yang berjaya menentang pihak lawan dengan jumlah mata 10-6.







BERJUANG HABIS-HABISAN..!

        
           Hari ini menyaksikan 7 pasukan bola jaring berentap untuk mendapat tempat ke peringkat akhir. Pada sesi pagi, pasukan SMT DUNGUN dan SMV PENG.CHEPA menunjukkan rentak permainan yang menarik. Pertemuan antara SMT DUNGUN menentang SMV K.KRAI membuahkan hasil apabila SMT DUNGUN berjaya menjadi johan bagi kumpulan A. SMV PENG.CHEPA telah menumpaskan SMV.K.TRG dengan jaringan 17-02 dan seterusnya menjadi naib johan bagi kumpulan B.
              Perlawanan sesi petang pula antara SMT DUNGUN bertemu SMV T.MERAH. SMT DUNGUN masih mengekalkan kemenangan berturut-turut. Walaubagaimanapun, kedua-dua pasukan masih mampu berentap untuk ke pusingan separuh akhir.
              Pada sesi berikutnya pula, johan bagi kumpulan A (SMT DUNGUN) telah bertemu dengan naib johan kumpulan B (SMV PENG.CHEPA). Johan bagi kumpulan B pula (SMT BACHOK) menentang naib johan kumpulan A (SMV T.MERAH). Akhirnya SMT DUNGUN akan berentap ke peringkat akhir menentang SMV T.MERAH bagi merebut juara dan naib juara. SMV PENG CHEPA akan bertemu SMT BACHOK untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4.
              Kesemua pasukan menunjukkan rentak permainan seimbang dan menarik. Syabas kepada semua pasukan yang mengambil bahagian. Perjuangan masih belum berakhir, impian perlu digapai, usaha penentu segalanya. Jangan lupa saksikan detik keramat untuk mengetahui siapakah jaguh sebenar dalam perlawanan bola jaring zon timur bagi tahun 2011. Walaubagaimanapun....”apa yang penting KERJASAMA !”


DUNGUN TERUS UNGGUL...


    Tidak dapat disangkal lagi kehebatan pasukan bola jaring SMT DUNGUN. Syabas! Tahun ini mereka sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraan.  Rentak permainan yang sentiasa menarik dan strategik telah membuahkan hasil berganda buat pasukan mereka.
   SMT DUNGUN merupakan johan tahun ini manakala SMV TANAH MERAH pula naib johan. Tempat ke-3 disandang oleh SMT BACHOK manakala tempat ke-4 SMV PENG.CHEPA.
   Tahniah kepada semua pasukan yang bertungkus-lumus menaikkan nama sekolah masing-masing. Kepada pasukan yang tidak berjaya,teruskan usaha. Kalau ada sumur diladang,boleh kami menumpang mandi..kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi..TAHNIAH sekali lagi buat pasukan yang berjaya! Chayok2!